picture

News

 

Syarat Permohonan Rumah Spektra Permata Diperluaskan Kepada Pendapatan Isi Rumah RM6,000

Posted on 15 Feb 2020
Source of News: Edisi Ukas

BAU: Syarat permohonan bagi Rumah Spektra Permata (RSP) yang diperkenalkan kerajaan negeri telah diperluaskan kepada pendapatan isi rumah di bawah RM6,000 sebulan. 

 

Menteri Muda Perumahan Dan Kesihatan Awam, Dr Annuar Rapa’ee berkata, sebelum ini syarat untuk memohon RSP adalah bagi yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3,500 sebulan.

 

Jelasnya, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri menerusi Perbadanan Pembangunan Sarawak (HDC) untuk menyediakan tapak perumahan atau lot-lot perumahan untuk rakyat memiliki kediaman sendiri.

 

"Sebelum ini syarat membeli RSP adalah RM3,500 sebulan tetapi sekarang telah diperluaskan kepada mereka yang berpendapatan RM6,000 sebulan.

 

"HDC membina rumah di sesuatu kawasan berdasarkan kajian yang dibuat terhadap keperluan rumah oleh masyarakat setempat," katanya semasa Majlis Pelancaran Rumah Spektra Permata Daerah Bau, pada Sabtu.

 

Sementara itu, Dr Annuar memberitahu, di daerah Bau sebanyak 164 buah RSP akan dibina dan yang akan dijual awal adalah 50 unit rumah.

 

"RSP adalah inisiatif Ketua Menteri (Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg) untuk membantu golongan berpendapatan rendah agar lebih ramai keluarga memilik rumah," jelasnya.



Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 08 Apr 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement