picture

News

 

Cukai taksiran PBT kekal, kerajaan Sarawak prihatin beban rakyat

Posted on 05 Apr 2023
Source of News: TVS

BAU, 5 April: Kerajaan belum bercadang menaikkan kadar cukai taksiran atau cukai pintu pihak berkuasa tempatan (PBT), kata Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Menurutnya, tindakan menaikkan cukai pintu dikhuatiri membebankan rakyat meskipun maklum bahawa kos menyediakan kemudahan awam semakin meningkat.

“Kita tidak pernah menaikkan kadar kutipan cukai pintu sejak tahun 1960. Namun begitu, kerajaan akan sentiasa mencari cara untuk meningkatkan jumlah pendapatan kerana sekiranya tidak, bagaimana kita hendak berbelanja?

“Oleh yang demikian, kerajaan akan sentiasa mengikhtiarkan cara untuk membolehkan rakyat mendapat segala kemudahan yang diperlukan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Ahli-Ahli Majlis Daerah Bau, di sini, hari ini.

Tambah Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, penemuan sumber baharu telah banyak menyumbang terhadap pendapatan negeri sekali gus membantu membiayai kos projek.

Sementara itu, Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Ahli-Ahli Majlis Daerah Bau menyaksikan 32 Ahli Majlis Daerah Bau dengan 13 adalah muka baharu mengangkat sumpah bagi sesi 2023 hingga 2025.

Upacara angkat sumpah diketuai Pengerusi Majlis Daerah Bau Constantine Gerald David. – TVS



Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 08 Apr 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement