News

 

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF KEMENTERIAN KESIHATAN AWAM, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2022

Posted on 17 Aug 2022

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF

KEMENTERIAN KESIHATAN AWAM, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2022

08-10 Ogos 2022, Hotel Raía Kuching

1)    Mohon diberi ulasan tentang bilangan penyertaan dan kumpulan-kumpulan yang menang dalam Konvensyen KIK MPHLG 2022.

2)    Mohon diberi maklumat tentang Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga konvensyen ini dan projek-projek yang mereka laksanakan.

 

Pada tahun ini, sebanyak 19 kumpulan KIK telah menyertai Konvensyen KIK MPHLG 2022 dengan projek mereka masing-masing. Hasil daripada konvensyen 3 hari ini, kita telah diperkenalkan dengan 19 buah produk dan perkhidmatan yang disuntik dengan DNA inovasi. Buat julung-julung kalinya sebuah pasukan di luar PBT, iaitu Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak, telah menyertai arus perdana inovasi dan kreativiti dengan menyertai konvensyen ini.     

 

3 daripada 19 kumpulan KIK yang mempertandingkan hasil inovasi mereka semasa Konvensyen ini telah dikenalpasti memenangi Piala Menteri, Naib Johan dan Tempat Ketiga manakala kumpulan yang memberikan persembahan terbaik memenangi Piala Setiausaha Tetap.

JOHAN

Kumpulan

:

KAUL IX

Majlis / Agensi

:

Majlis Daerah Dalat Dan Mukah

Tajuk Projek

:

Longgokan Sampah Sarap Yang Melimpahi Keluar Dari Tong Sampah

 

 

NAIB JOHAN

Kumpulan

:

EMCO

Majlis / Agensi

:

Dewan Bandaraya Kuching Utara

Tajuk Projek

:

Kesesakan Lalulintas Yang Disebabkan Kerja-Kerja Baikpulih Lampu Isyarat Tergendala Akibat Bekalan Eletrik Terputus Mengambil Masa Yang Lama

 

 

TEMPAT KETIGA

Kumpulan

:

A.I.M

Majlis / Agensi

:

Majlis Daerah Matu Dan Daro

Tajuk Projek

:

Aduan Kacau Ganggu Lembu Ternakan Terrbiar Di Jalan Tian Yang Tinggi

 

 

PERSEMBAHAN TERBAIK

Kumpulan

:

G.U.R.L

Majlis / Agensi

:

Majlis Daerah Lundu

Tajuk Projek

:

Tempoh Pengesanan  Fail Pegangan Yang Panjang

 

            Sila rujuk aturcara untuk 19 projek yang menyertai KIK MPHLG 2022.

 

3)    Bagaimanakah inovasi-inovasi yang dipertandingkan dalam konvensyen ini:

  • Memudahkan urusan kerja/operasi pihak berkuasa tempatan?
  • Boleh ditambah baik/dikembangkan meniadi sistem kerja yang menyokong usaha kerajaan merealisasikan Bandar Pintar?

 

Konvensyen KIK MPHLG merupakan platform atau medium pengiktirafan, penghargaan dan galakan kepada PBT Sarawak dan agensi-agensi bawah seliaan MPHLG untuk mempersembahkan hasil-hasil inovasi dan kreativti yang telah diusahakan.

 

Hasil-hasil ini menjurus kepada penyelesaian isu-isu serta masalah-masalah yang dikenalpasti dalam proses penyampaian perkhidmatan PBT dan agensi lain di bawah seliaan MPHLG.

 

Penyertaan dalam konvensyen ini turut mengqalakkan percambahan idea, pembelajaran, pengasahan teknik penyelesaian masalah, perkongsian ilmu dan penciptaan nilai.

 

Hasil-hasil inovasi dan kreativiti ini seterusnya akan direplikasikan di semua PBT yang berkenaan untuk manfaat dan impak yang lebih meluas, dan seterusnya memudahkan urusan kerja/operasi semua PBT-PBT tersebut.

 

Bertemakan “Innovation and Creativity towards Sustainable Development Goals”, konvensyen KIK pada tahun ini adalah sebahagian usaha mewujudkan pembangunan dan kesejahteraan menyeluruh dan lestari. Usaha ini sepaksi dengan halatuju dan matlamat bandar pintar Sarawak. Beberapa projek yang dipertandingkan pada konvensyen kali ini secara langsung menerapkan ciri-ciri internet-of-things dan pendigitalan perkhidmatan khusus yang terkandung dalam indikator bandar pintar sedunia.

Gambar-Gambar Konvensyen:

PERASMIAN 08.08.2022





 

JOHAN

 

 

 

NAIB JOHAN



 

TEMPAT KETIGA

 


 

PERSEMBAHAN TERBAIK




 

 



Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 25 Jul 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement