Client Charter
PIAGAM PELANGGAN KEMENTERIAN KESIHATAN AWAM, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
- Semua permohonan / pertanyaan hendaklah diberi respon dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan/pertanyaan diterima.
- Semua permohonan yang lengkap berhubung akaun ICT diproses dan dikemukakan kepada Jabatan Premier dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
- Semua pembayaran kepada pembekal dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh borang tuntutan diterima dengan lengkap.
- Pemakluman permohonan “Approval of waiver” daripada PBT dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah mendapat keputusan daripada YB Menteri yang bertanggungjawab ke atas Pihak Berkuasa Tempatan.
- Semua aduan awam didaftarkan dan diberi maklumbalas dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
- Kelulusan Permit Iklan dan Jualan untuk projek perumahan swasta dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
- Kelulusan permohonan penjualan Rumah Mampu Milik Swasta dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Kelulusan pengembalian wang deposit dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Pendaftaran kes tuntutan kepada Tribunal dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
- Kelulusan Lesen Pembangunan Perumahan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.