picture

News

 

MURNInets Melangkah Ke Hadapan Capai Matlamat Jadikan Sarawak Negeri Berpendapatan Tinggi & Maju

Posted on 13 Oct 2022
Source of News: Edisi UKAS

KUCHING: Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInets) adalah satu langkah ke hadapan bagi mencapai matlamat Kerajaan Sarawak menjadi sebuah negeri berpendapatan tinggi serta masyarakat berkembang maju. 

Menurut Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Sri Professor Dr. Sim Kui Hian, ini didorong oleh data dan inovasi, serta masyarakatnya akan dapat menikmati kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan persekitaran yang mampan. 

Katanya lagi, apabila Premier Sarawak dilantik pada Januari 2017, tiga bulan kemudian beliau telah menganjurkan satu persidangan ekonomi digital kerana minat terhadap digital ini. 

“Dengan itu, beliau telah memenuhi aspirasi kita di Sarawak untuk mendapatkan data dengan bersepadu serta dengan cara membuat keputusan agar dapat meningkatkan kualiti hidup kita. 

“Ini adalah langkah yang pasti dianggap penting untuk menyesuaikan diri dengan transformasi digital.

“Semasa kita maju dalam membangunkan Sarawak, teknologi telah menjadi lebih maju serta meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dengan cekap bagi mengurangkan perbelanjaan operasi dan menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih berkesan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Program dan Sesi Teach-In Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar-Bandar Malaysia (MURNInets) Sarawak di Hotel Waterfornt Kuching di sini pada Khamis. 

Jelas beliau lagi, MURNInets juga akan menyediakan platform pintar yang dipertingkatkan bagi menyusun strategi jenis pembangunan di kawasan tertentu sambil dapat mengukur keberkesanannya melalui penyertaan rakyat dalam tinjauan.

Tambahnya, MURNInets sedang dilaksanakan di seluruh Malaysia dan akan digunakan untuk faedah kerajaan dan rakyat kerana hasilnya akan disediakan dalam talian melalui aplikasi mudah alih MURInets. 

Untuk rekod, pada tahun 2022, sebanyak 127 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terdiri daripada 98 PBT di semenanjung Malaysia, 3 PBT DI Wilayah Persekutuan dan 26 PBT Negeri Sabah telah menyertai MURInets. 

Manakala, 26 PBT Sarawak dijangka akan menyertai MURInets pada tahun 2023 dan menjadikan jumlah keseluruhan ya 153 PBT terlibat dalam program MURInets ini. 

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datu Antinio Kahti Galis, Ketua Pengarah PLANMalaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa TPr Dr. Alias Rameli.-EDISI UKAS



Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 08 Apr 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement