picture

News

 

Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Daerah Marudi Tampil 17 Lantikan Baharu

Posted on 03 Apr 2023
Source of News: UKAS

MARUDI: Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Ahli-Ahli Majlis Daerah Marudi kali ini menampilkan 17 muka baharu daripada jumlah 32 Ahli Majlis yang dilantik bagi sesi 2023 hingga 2025.

Majlis tersebut disaksikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Dr Penguang Manggil serta Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Marudi pada Isnin.

Upacara angkat sumpah dimulakan oleh Kaunselor Edward Mendai selaku Pengerusi Majlis Daerah Marudi dan diikuti oleh Timbalannya Kaunselor Raymond Apoi serta Ahli-Ahli Majlis yang lain.

Difahamkan, lantikan tersebut berkuatkuasa bermula 1 April 2023 hingga 31 Mac 2025.

Dalam pada itu, Datuk Dr Penguang dalam ucapannya menyeru agar setiap Ahli Majlis menjalankan sebarang tugasan dengan penuh komitmen dan integriti sebagai barisan hadapan yang memastikan kemudahan awam sentiasa berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.

“Ahli-Ahli Majlis juga boleh membantu masyarakat dalam isu-isu yang memerlukan penyelesaian segera melainkan masalah tersebut perlu mendapat perhatian daripada wakil rakyat tempatan,” tambahnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi turut memberitahu, Kabinet Sarawak memutuskan had tempoh perkhidmatan selama sembilan tahun bagi seseorang Ahli Majlis demi memberi ruang dan peluang kepada golongan muda lain untuk menggalas tugasan berkenaan dan berkhidmat kepada komuniti tempatan.

Turut hadir, Pegawai Daerah Marudi Belayong Pok dan Setiausaha Majlis Daerah Marudi Michelle Hidalyne Jering Anthony Luta. -EDISI UKAS



Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 08 Apr 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement