picture

News

 

32 Angkat Sumpah Sebagai Ahli Majlis Daerah Meradong Dan Julau

Posted on 03 Apr 2023
Source of News: UKAS

MERADONG: Seramai 32 individu telah dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Daerah Meradong Dan Julau bagi sesi 2023 hingga 2025 di mana 15 daripadanya adalah muka baru dan 17 orang adalah lantikan semula.

Upacara angkat sumpah telah disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Professor Dr. Sim Kui Hian bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Meradong Dan Julau pada Isnin.

Dalam ucapannya, Dato Sri Professor Dr. Sim menegaskan bahawa pelantikan semua ahli-ahli majlis adalah lantikan dari kerajaan negeri dan bukannya dari komponen parti semata-mata.

Beliau juga mengatakan bahawa ahli-ahli majlis merupakan barisan hadapan yang bersemuka dengan rakyat yang memerlukan bantuan serta menyelesaikan isu-isu berbangkit.

“Ahli juga berperanan dalam menyalurkan setiap isu dan masalah yang dibangkitkan melalui saluran yang betul seperti Agensi Jabatan Kerajaan yang terlibat agar tindakan cepat dan berkesan dapat dilakukan dengan kadar segera. 

“Justeru ahli majlis yang baharu dilantik juga perlu mahir dengan dasar-dasar kerajaan agar maklumat terkini hendaklah  disampaikan kepada rakyat di kawasan dan sekaligus meningkatkan imej kerajaan yang mempunyai hala tuju agar terus menjadi sebuah negeri yang maju,” ucapnya.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada enam orang Ahli Majlis bagi Penggal 2020-2022 sebagai tanda penghargaan dengan jasa dan pengorbanan mereka terhadap masyarakat di kawasan. 

Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Michael Tiang Ming Tee, Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Elizabeth Loh serta tetamu lain.-EDISI UKAS



Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 08 Apr 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement