picture

News

 

32 ahli angkat sumpah Ahli Majlis MBM, pikul tanggungjawab mewakili kerajaan

Posted on 02 Apr 2023
Source of News: TVS

MIRI, 2 April: Seramai 32 Ahli Majlis termasuk 12 muka baharu mengangkat sumpah sebagai Ahli-ahli Majlis Bandaraya Miri (MBM) bagi tempoh bermula 1 April 2023 sehingga 1 Mac 2025.

 

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian dalam majlis itu mengingatkan Ahli Majlis MBM bahawa mereka memainkan peranan penting bukan sahaja untuk bandaraya tetapi juga mewakili Kerajaan Sarawak.

“Anda bukan sahaja memainkan peranan penting dalam organisasi yang dipanggil Majlis Bandaraya Miri (MCC), tetapi sebenarnya, pelantikan anda oleh Kabinet Kerajaan Sarawak. Ia tidak dicalonkan oleh parti. Jadi anda di sini sebagai wakil kementerian saya dan Kerajaan Sarawak,” katanya semasa Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Ahli-ahli Majlis MBM 2023 hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG) meminta Ahli Majlis untuk sentiasa memikirkan perancangan masa hadapan untuk para penduduk dan pihak berkepentingan, bukan sahaja untuk keperluan mereka yang sekarang.

Pada majlis tersebut, Adam Yii Siew Sang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut memperbaharui sumpahnya sebagai Datuk Bandar MBM bersama Ahli Majlis.

Majlis kemudian turut menyaksikan penyerahan sijil kepada mantan Ahli-ahli Majlis MBM.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Setiausaha Tetap MPHLG, Elizabeth Loh. –TVS


 


Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 08 Apr 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement