picture

News

 

64 kaunselor Sarikei dan Bintangor angkat sumpah

Posted on 03 Apr 2023
Source of News: Suara Sarawak

SARIKEI: Seramai 64 kaunselor mengangkat sumpah sebagai ahli Majlis Daerah Sarikei dan Majlis Daerah Meradong Julau (MDMJ), di sini, hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 24 adalah kaunselor baharu dan selebihnya adalah muka lama.

Dalam upacara angkat sumpah yang disaksikan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian itu, Sarikei menyaksikan kehadiran 10 muka baharu manakala Bintangor pula 14 orang

Pada masa yang sama, MDMJ juga menyaksikan Pemangku Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kandawang sebagai pengerusi MDMJ yang baharu menggantikan Baijuri Bidin yang kini Timbalan Residen Sarikei.

 

Sementara Kaunselor Wong Zee Yeng kekal sebagai Pengerusi Majlis Daerah Sarikei.

Sehubungan itu, Kui Hian yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam ucapannya, mengingatkan semua ahli majlis tentang peranan penting mereka sebagai wakil kerajaan Sarawak. 

“Pelantikan merupakan satu amanah yang diberikan oleh Kerajaan Sarawak bagi melaksanakan pelbagai program dan penggerak pembangunan pada komuniti setempat. 

“Justeru, mereka perlu sentiasa meletakkan agenda membangunkan komuniti serta meningkatkan kesejahteraan dan keselesaan komuniti sebagai matlamat utama ketika merancang dan melaksanakan tugas,” katanya.

Beliau turut menegaskan, kerajaan amat memandang serius terhadap mutu kerja yang berkualiti serta kepatuhan dalam kalangan warga majlis daerah.

Oleh kerana itu katanya, ahli majlis perlu menjalankan tugas dengan amanah dan berintegriti serta tidak membuka sebarang ruang dan peluang bagi kegiatan salah guna kuasa dan rasuah. 

Ahli majlis juga disarankan untuk mengambil maklum undang undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta tidak menyalahgunakan kuasa selain memahami dan mempraktikkan dasar yang telah ditetapkan.

Majlis kemudian turut menyaksikan penyerahan sijil kepada mantan ahli-ahli majlis.


 


Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 08 Apr 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement