News

 

Dato Sri Prof. Dr. Sim Saksi 32 Ahli Majlis Daerah Lubok Antu Angkat Sumpah

Posted on 04 Apr 2023
Source of News: UKAS

ENGKILILI: Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian telah menyaksikan 32 Ahli Majlis Daerah Lubok Antu mengangkat sumpah di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA), Engkilili pada Selasa.

Upacara angkat sumpah tersebut adalah bagi penerimaan jawatan sebagai ahli MDLA berkuatkuasa 1 April 2023 hingga 31 Mac 2025.

Semasa berucap, Dato Sri Prof. Dr. Sim berharap agar kesemua ahli majlis MDLA bekerja dengan telus dan komited bagi mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Kerajaan Sarawak sekaligus perlu bekerjasama rapat dengan wakil rakyat dan agensi kerajaan agar MDLA dapat memainkan peranan sebagai antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terbaik di Sarawak.

Dalam upacara itu, kesemua ahli majlis telah menandatangani surat pelantikan penerimaan jawatan masing-masing serta melafazkan ikrar bebas rasuah yang dipimpin oleh Pengerusi MDLA, Richard Ngumbang.

Dato Sri Prof. Dr. Sim turut menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada mantan ahli MDLA yang telah tamat perkhidmatan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarbangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Ai, Datuk Dr Malclolm Mussen Lamoh, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Ivy Sulie Untop, Setiausaha MDLA, Tommy Laman. -EDISI UKAS


 


Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 17 May 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
Polls
Announcement