picture

News

 

Sarawak bersedia naik taraf Majlis Daerah Serian kepada Majlis Perbandaran

Posted on 05 Apr 2023
Source of News: TVS

SERIAN, 5 April : Kerajaan Sarawak bersedia untuk menaik taraf Majlis Daerah Serian (MDS) menjadi Majlis Perbandaran Serian, sejajar dengan pertumbuhan kawasan berkenaan.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, ketika ini MDS yang ditubuhkan sejak 75 tahun lalu bertanggungjawab terhadap kawasan pentadbiran seluas lebih 2,981 kilometer (km) persegi.

Kata beliau, sebagai perbandingan, kawasan yang ditadbir MDS adalah lebih empat kali ganda keluasan Singapura.

“Kerajaan Sarawak mempunyai kuasa autonomi (untuk menaik taraf majlis daerah), oleh itu kita tidak perlu memohon atau menjawab kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Ahli – Ahli MDS 2023 di sini hari ini.

Upacara angkat sumpah berkenaan dimulakan oleh Pengerusi MDS, Lim Hock Meng bersama 31 pegawainya.

Sementara itu, Dr. Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata, beliau yakin penambahan ahli – ahli kaunselor baharu di MDS menunjukkan pihak berkuasa tempatan itu bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar.

“MDS berpotensi besar untuk menjadi majlis perbandaran apabila adanya lebih banyak kakitangan dan sumber,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memberi jaminan yang kekosongan 30 jawatan di MDS akan segera diisi selain akan menyediakan lebih banyak kenderaan untuk memudahkan pemantauan dan pelaksanaan projek di kawasan itu.

“Kementerian saya sedang mengkaji bagaimana untuk membangunkan MDS dan meningkatkan sumbernya bagi mencapai objektif untuk membantu rakyat, seiring dengan visi Greater Kuching,” katanya. -TVS



Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 24 Mar 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement