picture

News

 

Dr Sim Lakukan Kunjungan Hormat Ke Atas Menteri Sumber Asli Alam Sekitar & Perubahan Iklim

Posted on 10 May 2023
Source of News: UKAS Portal

PUTRAJAYA: Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Profesor Dr Sim Kui Hian telah melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Menterinya Dato Sri Huang Tiong Sii di sini pada Selasa.

Menurut Dato Sri Prof. Dr Sim, beberapa perkara mengenai isu penghantaran Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak telah dibincangkan dalam kunjungan tersebut.

Antaranya, Notis Perubahan (NOC) bagi projek Pembangunan Lembangan Sungai Sarawak (PLSB) dan peningkatan kos serta RM150 juta yang diluluskan pada tahun 2018 dengan peningkatan kos selepas COVID-19, Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Fasa 2 dan 3 serta perlindungan pantai.

“Menteri Nik Nazmi menjelaskan bahawa NOC disebabkan oleh pertukaran kerajaan dan beliau akan membawa isu tersebut kepada perhatian Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi dalam kabinet,” jelasnya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Selain itu, kerja naik taraf perkhidmatan pembentungan di Sarawak juga menjadi topik perbincangan mereka.

Katanya lagi, pembiayaan kerajaan persekutuan bagi 17 projek yang menelan kos RM1.5 bilion sejak tahun 2008 perlu dipertingkatkan supaya adil kepada Kerajaan Sarawak.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Michael Tiang Ming Tee. – EDISI UKAS



Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 24 Mar 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement