News

 

Lestari alam sekitar menerusi pelaksanaan pelan induk bandar pintar

Posted on 04 Jul 2023
Source of News: TVS

KUCHING, 3 Julai: Kerajaan Sarawak telah merangka pelan induk bandar pintar bagi mencapai status bandar yang lestari alam sekitar dan moden, kata Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Menurutnya, Kuching merupakan bandar raya pertama di negeri ini melaksanakan pelan induk bandar pintar yang mengadaptasikan persekitaran rendah karbon dan infrastruktur pintar.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu merangka dasar dan hala tuju, sejajar matlamat kerajaan mengutamakan kelestarian alam sekitar dan seiring dengan pembangunan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

“Bagi mencapai matlamat alam sekitar bersih dan sihat untuk semua, polisi berkesan tentang pengurusan sisa selain teknologi terkini dan inovasi mesti dilaksanakan bagi menyokong komitmen Malaysia mengurangkan pengeluar gas rumah hijau sebanyak 45 peratus pada 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil pada Majlis Penutupan Seminar Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan 2023 di sini, hari ini.

Beliau menggalakkan PBT menyertai inisiatif SDG yang dilaksanakan sektor awam dan swasta. Menerusi SDG, masyarakat setempat boleh dipelawa sebagai rakan pelaksana dalam mengurus alam sekitar bersama-sama PBT.

Menurutnya lagi, usaha ini merangkumi pengurangan bahan buangan, memastikan bandar bersih, mengurangkan masalah banjir kilat, jalan raya kotor dan pencemaran udara.

“Ahli-ahli majlis (PBT) sewajarnya memastikan kejayaan dan kemampanan program-program PBT,” katanya.

Sementara itu, Dr Sim berkata, 768 kaunselor dari 24 PBT telah dilantik di seluruh Sarawak.

“Seminar ini diharap dapat memberi pendedahan kepada pada kaunselor tentang fungsi dan peranan mereka selain membina jaringan kerja serta bertukar-tukar pendapat dan pengalaman,” katanya. – TVS



Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 17 May 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
Polls
Announcement