News

 

Rasuah beri kesan buruk terhadap perkhidmatan awam – Dr Sim

Posted on 08 Mar 2023
Source of News: TVS

KUCHING, 8 Mac: Sebanyak 38 peratus daripada 300 penahanan kes rasuah oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2022 melibatkan penjawat awam.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, penahanan itu telah memberi kesan buruk kepada perkhidmatan awam termasuk organisasi tempat mereka berkhidmat.

“Setiap penjawat awam perlu berpegang dengan amalan integriti menerapkan disiplin yang tinggi dalam diri mereka, kemudiannya menzahirkan personaliti yang baik ketika melaksanakan tanggungjawab.

“Komitmen pengurusan boleh dibuktikan melalui pengisytiharan kepentingan dan kerahsiaan semasa sebarang mesyuarat yang melibatkan projek,” katanya ketika berucap Majlis Hari Interegriti Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Penguang Manggil dan Micheal Tiang, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Elizabeth Loh.

Menurut Dr Sim, amalan integriti seharusnya terlebih dahulu bermula dari diri individu itu sendiri sebelum ia diperluas ke organisasi lebih besar.

Katanya, gejala rasuah jika tidak dibendung ia boleh menyebabkan kehilangan pelanggan, cukai, keyakinan dan memberi imej negatif kepada organisasi dan syarikat sama ada kerajaan atau swasta.

Setiap langkah antirasuah, ketelusan dan langkah akauntabiliti harus dilaksanakan secara menyeluruh untuk mengelak apa jua ketirisan yang boleh menjejaskan usaha serta imej perkhidmatan awam. – TVS



Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 17 May 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
Polls
Announcement