News

 

MESYUARAT VERIFIKASI DATA BAGI PELAKSANAAN JARINGAN PENUNJUK PEMBANGUNAN MAMPAN BANDAR LUAR BANDAR MALAYSIA (MURNInets) 2.0 TAHUN 2023 BAGI NEGERI SARAWAK

Posted on 20 Jul 2023
Source of News: R&D PLANMalaysia

KUCHING, 17-18 JULAI - Mesyuarat Verifikasi Data MURNInets 2.0 Tahun 2023 bagi negeri Sarawak telah berlangsung selama dua (2) hari dan telah dipengerusikan oleh YBrs Encik Simon Wong, Ketua Penyelaras KesihatanAwam, Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG).

Sesi verifikasi ini telah dihadiri oleh seluruh Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Sarawak dan agensi pembekal data di peringkat negeri dan persekutuan.

PLANMalaysia melalui Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan selaku Pusat Operasi MURNInets Kebangsaan (POMK) turut dijemput bagi membuat semakan dan verifikasi data serta membentangkan pelaporan status semasa bagi kemasukan data oleh setiap PBT di dalam Gerbang MURNInets 2.0

Sesi verifikasi data ini julung-julung kali diadakan bagi negeri Sarawak yang telah menyertai Program MURNInets 2.0 bermula pada tahun 2023.



Disediakan Oleh:
Unit Pembangunan Mampan,
Bahagian Penyelidikan adn Pembangunan,

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
(PLANMalaysia)
18 Julai 2023


Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 17 May 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
Polls
Announcement