News

 

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Bersama Pembangunan Kesihatan Negeri Sarawak Bil.1/2024

Posted on 09 Jan 2024
Source of News: Facebook : Kementerian Kesihatan Malaysia
YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Bersama Pembangunan Kesihatan Negeri Sarawak Bil.1/2024 bersama YBrs. Puan Elizabeth Loh, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sarawak di Ibu Pejabat KKM, Putrajaya, hari ini.
 
Tujuan mesyuarat adalah bagi membincangkan kerjasama di antara KKM dan Kerajaan Negeri Sarawak bagi meningkatkan mutu penyampaian kesihatan di Negeri Sarawak.
 
Turut hadir, YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Dato’ Seri JC Fong, State Legal Council, Jabatan Peguam Besar Negeri, Cik Mildred Voon, Pegawai Tadbir, Unit Perancang Ekonomi Sarawak dan para pegawai dari KKM dan Kerajaan Negeri Sarawak.


Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 16 Jun 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement