picture

News

 

Peraturan wajibkan syarikat swasta bina 30 peratus rumah kos rendah akan dipinda – Abang Johari

Posted on 17 Jan 2024
Source of News: TV Sarawak

KUCHING, 6 Jan: Kerajaan Sarawak bercadang untuk meminda peraturan yang mewajibkan pemaju projek perumahan swasta untuk membina 30 peratus rumah kos rendah dalam setiap projek mereka dengan menggantikan kaedah itu dengan bayaran yang setara dengan nilai peratusan berkenaan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pemaju akan dicadangkan mendepositkan bayaran sebagai ganti ke dalam tabung amanah tanpa perlu melakukan kerja pembinaan.

Abang Johari menjelaskan, dana daripada tabung amanah itu akan digunakan oleh kerajaan negeri untuk menjalankan pembangunan perumahan kos rendah bagi pihak pemaju.

“Kita sedang mempertimbangkan mereka (pemaju) tidak perlu bangunkan 30 peratus rumah kos rendah dalam projek perumahan mereka, sebaliknya mereka membayar bayaran sebagai ganti.

“Formula sedang kita bincang dengan bayaran itu akan masuk kepada tabung amanah dan kita akan bangunkan perumahan kos rendah yang sepatutnya dibangunkan oleh mereka berdasarkan formula 30 peratus itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja di tapak Projek Penempatan Sungai Berdaun di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata langkah untuk meminda peraturan itu diambil berikutan untuk menyelesaikan masalah perumahan mampu milik yang tidak berkualiti di negeri ini.

“Saya akan laksanakan suku pertama tahun ini. Bayaran sebagai ganti oleh pemaju itu akan dinilai mengikut lokasi tanah dan harga pasaran.

“Ordinan tidak dipinda, hanya peraturan sahaja yang dipinda,” jelas beliau.

Untuk rekod, undang-undang negeri semasa mencatatkan sektor swasta wajib memperuntukkan 30 peratus daripada skim perumahan atau projek pembangunan bercampur untuk membina rumah mampu milik, sekiranya tanah yang dibangunkan seluas 10 ekar atau lebih. – TVS



Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 27 Apr 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement