News

 

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM PERTANDINGAN KITAR SEMULA PERINGKAT SEKOLAH ZON KUCHING DAN SAMARAHAN, TAHUN 2023

Posted on 29 Jan 2024
Source of News: MPHLG
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM PERTANDINGAN KITAR SEMULA PERINGKAT SEKOLAH ZON KUCHING DAN SAMARAHAN, TAHUN 2023
 
KUCHING (Jan 25): Majlis Penyampaian Hadiah Program Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah Zon Kuching Dan Samarahan, Tahun 2023 telah diadakan pada 25 Januari 2024 bertempat di Hotel UCSI. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datu Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kesihatan Awam dan Perumahan), dengan jumlah peserta sebanyak 200 orang terdiri dari guru dan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (DBKU, MBKS, MPP dan MPKS).

Pertandingan ini adalah kerjasama di antara Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan Fraser & Neave (F&N) bermula tahun 2017 dengan penyertaan dari sekolah-sekolah di bawah kawasan pentadbiran PBT Zon Kuching dan pada tahun 2022 diperluaskan ke sekolah-sekolah di Zon Sibu dan Sarikei. Bagi tahun 2023, program ini disertai oleh 73 sekolah, yang terdiri daripada 41 Sekolah Zon Kuching & Samarahan dan 32 sekolah dari Zon Sibu & Sarikei. Sekolah-sekolah ini berjaya mengumpul sejumlah 285,112 kilogram (204,251 kilogram dari Zon Kuching & Samarahan dan 80,800 kilogram dari Zon Sibu & Sarikei) barangan kitar semula dalam tempoh 6 bulan, bermula pada 1 Julai 2023 dan berakhir pada 30 Disember 2023.


 


Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 25 Jul 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement