picture

News

 

Tun Taib insan yang menyumbang besar dalam perkhidmatan kesihatan: Dr Sim

Posted on 21 Feb 2024
Source of News: Utusan Borneo
KUCHING: Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud merupakan insan yang menyumbang besar dalam perkhidmatan kesihatan khasnya Yayasan Jantung Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, Tun Taib merupakan pemula utama yang bertanggungjawab memindahkan perkhidmatan jantung dari Hospital Umum Sarawak (HUS) ke Kota Samarahan.

Katanya ia dikendalikan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan bukan universiti pada 2001.

“Selepas Allahyarhamah Datuk Amar Laila Taib (isteri Taib) meninggal dunia pada 2009, Tun mengambil alih jawatan pengerusi Yayasan Jantung Sarawak dan sentiasa memberi tumpuan kepada cara membantu perkhidmatan jantung di Pusat Jantung Sarawak dan pesakit. 

“Saya belajar banyak daripada perancangan strategi Tun Taib semasa mesyuarat lembaga selama bertahun-tahun,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, pemergian Tun Taib itu satu lagi kehilangan anak Sarawak yang hebat.

Katanya, Tun Taib dan mendiang bapanya, Tan Sri Datuk Amar Sim Kheng Hong merupakan rakan politik, ketua Kabinetnya, rakan keluarga dan Pengerusi Yayasan Jantung Sarawak.

“Selama 33 tahun menjadi Ketua Menteri Tun menghasilkan bukan sahaja kestabilan politik (selain Ming Court 1987), ia permulaan perkongsian politik yang sangat dipercayai dengan keharmonian sosial dan agama di Sarawak.

Bahkan kata beliau, selepas menjadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Taib masih berkongsi dengan beliau tentang visinya terhadap Sarawak serta pelbagai nasihat yang sentiasa diingati sehingga hari ini.

“Terima kasih atas segala sumbangan anda untuk Sarawak Tun,” kata Dr Sim.



Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 27 Apr 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement