picture

News

 

31 Ahli Majlis Daerah Gedong Angkat Sumpah

Posted on 04 Mar 2024
Source of News: EDISI UKAS

KUCHING: Seramai 31 orang telah dilantik sebagai Ahli Majlis bagi Majlis Daerah Gedong (MDG) berkuat kuasa 1 Januari 2024 hingga 31 Mac 2025. 

Majlis Angkat Sumpah sebagai Ahli Majlis tersebut disaksikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg bertempat di Hikmah Exhange di sini pada Isnin.

Ahli-ahli Majlis Daerah Gedong terdiri daripada Pengerusinya yang juga Pegawai Daerah Gedong, Tamida Da’adi dan Timbalan Pengerusinya Japar Mustapha serta 29 Ahli Majlis yang lain.

Sementara itu, penubuhan Majlis Daerah Gedong akan memperkasakan perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembangunan di kawasan Gedong keseluruhannya. 

Justeru, pemimpin-pemimpin tempatan yang dilantik sebagai Kaunselor atau Ahli Majlis perlu memainkan peranan penting untuk mempergiatkan lagi pembangunan di samping memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat di Gedong. 

Dalam majlis sama, turut dilancarkan ialah logo baharu bagi Majlis Daerah Gedong. -EDISI UKAS



Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 27 Apr 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement