picture

News

 

KMKK perlu tahu kemampuan diri pikul tanggungjawab diamanahkan: Penguang

Posted on 04 Apr 2024
Source of News: Utusan Borneo

MARUDI: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) yang dilantik di setiap rumah panjang dan kampung seharusnya tahu kemampuan diri untuk memikulkan tanggungjawab yang telah diamahkan.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam,Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil memberitahu jawatan KMKK adalah satu tanggungjawab yang perlu dipikul dengan amanah.

"Kita sendiri harus mengetahui sama ada kita boleh atau tidak menjalankan tugas yang telah diamanahkan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Sinar Ramadan anjuran Majlis Daerah Marudi (MDM) di Dataran Waterfront Marudi di sini, semalam.

Mengenai program itu, Penguang berkata, ia bagi merapatkan hubungan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di kawasan tersebut.

Pada program itu, beliau turut menyampaikan geran kerajaan berjumlah RM75,000 untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Narum, Kampung Dagang, Kampung Pemindahan, Kampung Benawa, Kampung Padang Kerbau dan Lembaga Amanah Kebajikan.

Hadir sama Pegawai Daerah Marudi Rose Edward, Kaunselor Edward Mendai dan Pemanca Jamel Sabel.



Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 27 Apr 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement