News

 

Sarawak ingin terokai kerjasama bidang perubatan dengan Switzerland – Dr Sim

Posted on 25 Apr 2024
Source of News: TVS

KUCHING, 25 April: Sarawak sedang meneroka kerjasama berkaitan bidang perubatan dengan Switzerland, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Hasrat itu diluahkan dalam satu hantaran di Facebook beliau seterusnya menyeru agar pihak berkaitan di negeri ini mencontohi  Fakulti Perubatan di Universiti Swiss Bern.

Beliau memberitahu Fakulti Perubatan di Universiti Swiss Bern ditubuhkan pada 1834 telah berada di Kedudukan 94 Dunia iaitu lima teratas di Switzerland dengan 20,000 pelajar dan 8

“Fakulti perubatan universiti ini mempunyai 56 jabatan atau institusi, 124 profesor iaitu 11 daripadanya merupakan jurutera dan 2,411 pelajar perubatan terbesar di Switzerland yang memerlukan belanjawan sebanyak 211 juta Swiss Franc dari universiti manakala 999 juta Swiss Franc dari pihak ketiga,” katanya

Sehubungan itu, Dr Sim mahu Sarawak mewujudkan pusat pengajian serupa untuk melahirkan lebih ramai anak Sarawak yang profesional dalam bidang perubatan.

Difahamkan Hospital Universiti Bern adalah hospital terbesar di Switzerland yang mempunyai 1,354 katil dengan 11,300 pekerja dan bajet tahunan berjumlah 1.76 bilion Swiss Franc. – TVS

,000 pekerja dengan anggaran sebanyak 1 billion Swiss Franc iaitu 34 peratus dari Kerajaan Canton, 15 peratus dari Kerajaan Persekutuan dan selebihnya kompetitif dari swasta.



Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 07 May 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
Polls
Announcement