News

 

Lahirkan bakat, tenaga mahir untuk Sarawak bergelar negeri berpendapatan tinggi – Dr Sim

Posted on 20 May 2024
Source of News: TVS

KUCHING, 18 Mei:  Sarawak komited berusaha melahirkan bakat muda dan tenaga mahir yang mencukupi untuk memenuhi keperluan membentuk sebuah negeri maju berpendapatan tinggi.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, pemerkasaan sektor pendidikan dan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat menjadi landasan utuh negeri ini membina negara bangsa.

“Sebab itulah kita adakan dasar pendidikan tinggi percuma di Univerisiti milik kerajaan Sarawak seperti di Universiti Swinburn, Univerisiti Teknologi Sarawak serta Universiti Curtin dan ini merupakan pembentukan bakat yang membantu kita mempercepatkan pembinaan negara bangsa.

“Kita tidak mahu pembinaan negara bangsa kita seperti seorang anak yang menunggu ibu atau bapanya meninggal dunia agar ia boleh mewarisi harta pusakanya.

“Maka sebab inilah kita memberikan fokus kepada pembangunan negara bangsa agar generasi muda ini tidak akan mengharapkan kekayaan Sarawak sebaliknya membantu Sarawak menjana kekayaaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Kuching Heritage Race di sini hari ini.

Dr Sim menambah, dasar-dasar yang digubal kerajaan ketika ini memberikan fokus utama menyediakan Sarawak untuk lebih berdaya saing pada masa hadapan.

Dasar tersebut katanya, digubal bagi melindungi kepentingan dan hak Sarawak serta rakyatnya. -TVS



Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 16 Jun 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement