News

 

Kerajaan ambil tindakan pastikan projek Taman Landeh Heights 2 siap

Posted on 31 May 2024
Source of News: Utusan Borneo
KUCHING: Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak telah mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan projek pembangunan perumahan Taman Landeh Heights 2 yang telah lama tertangguh, siap.

Projek yang terdiri daripada 18 unit Teres Setingkat PUTERA dan 39 unit Teres Dua Tingkat itu terletak di Lot 167, Blok 70, Kuching Central Land District di sini.

Menurut kenyataan kementerian tersebut hari ini, projek dibangunkan oleh Mahsaf Jaya Sdn Bhd (MJSB) itu pada asalnya dijangka siap pada tahun 2021, namun ia menghadapi kelewatan selama tiga tahun dan kemudian dikategorikan sebagai projek sakit.

Bagi mengatasi masalah itu katanya, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang meninjau lokasi projek tersebut pada 25 Mei lalu untuk berjumpa dengan semua pihak berkepentingan iaitu MJSB, pemilik tanah, Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan pembeli rumah.

"Semasa lawatan tersebut, Tiang menekankan kepada pemaju tentang kepentingan mematuhi semua keperluan, selain memberikan komitmen dan kerjasama penuh mereka untuk memastikan kejayaan menyiapkan projek itu," ujar kenyataan itu.

Tambahnya, kementerian akan memantau rapi projek tersebut, mengesahkan kemajuan melalui lawatan tapak dan penglibatan dengan MJSB bagi memastikan projek itu diserahkan kepada pembeli rumah sepenuhnya.

"Kementerian menunjukkan komitmen terhadap penyelesaian peringkat akar umbi, dan dengan itu mencerminkan strategi tadbir urus responsif yang lebih luas.

"Timbalan Menteri (Tiang) juga telah meminta semua agensi kerajaan memberi bantuan dan sokongan yang sewajarnya supaya projek itu berjaya disiapkan dan diserahkan kepada pembeli rumah," jelasnya lagi.



Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 16 Jun 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement