News

 

Penjawat Awam Sarawak Perlu Berintegriti & Berdisiplin

Posted on 25 Jul 2024
Source of News: EDISI UKAS
KUCHING: Penjawat awam di negeri ini perlu berintegriti dan berdisiplin tinggi dalam semasa menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian berkata, setiap pegawai dan kakitangan awam mesti menjalankan tugas mereka dengan amanah tanpa ada sebarang elemen rasuah.

Beliau menegaskan, isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia melibatkan integriti.

Datuk Amar Dr Sim berkata demikian semasa merasmikan Hari Integriti Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak yang bertemakan ‘Tatakelola Baik Aspirasi Bumi Kenyalang’ di Wisma SABATI di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Datuk Amar Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak memberitahu, kementeriannya bertanggungjawab untuk menyelia serta memantau tiga agensi utama iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran (DID), Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak (SSD) dan Perbadanan Perumahan Sarawak (HDC) serta 26 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri ini.

Jelas beliau, setiap jabatan, agensi dan PBT di bawah kementeriannya mempunyai peranan dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan untuk rakyat.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, Timbalan Menteri Kesihatan Awam dan Perumahan Sarawak, Datuk Michael Tiang dan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Elizabeth Loh.-EDISI UKAS

 
 


Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 06 Sep 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement