picture

News

 

Seramai 32 ahli majlis MDSA mengangkat sumpah

Posted on 04 Apr 2023
Source of News: Utusan Borneo

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato Sri Dr Sim Kui Hian telah menyaksikan seramai 32 ahli majlis Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) mengangkat sumpah jawatan hari ini.

Menurut satu kenyataan pihak MDSA, pelantikan ahli majlis yang melibatkan 12 orang yang dilantik semula manakala seramai 20 orang lagi adalah lantikan baharu berkuat kuasa 1 April 2023 hingga 31 Mac 2025.

Selepas acara angkat sumpah jawatan, ahli majlis turut melafazkan Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai Wali Kota MDSA Kaunselor Anthony Abell Chendan.

Hadir sama ialah wakil Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ivy Suli Untup dan Residen Bahagian Sri Aman Abang Mohamad Porkan.

Turut hadir Setiausaha Majlis Daerah Sri Aman Tay Guan Huat dan Jilin Itar mewakil Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis.



Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 08 Apr 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement