picture

News

 

32 orang Ahli MPKS angkat sumpah pelantikan semula

Posted on 01 Apr 2023
Source of News: TVS

KOTA SAMARAHAN, 1 April: Seramai 32 orang Ahli Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) telah mengangkat sumpah pelantikan semula bagi tempoh 1 April 2023 hingga 31 Mac 2025, pada Sabtu.

Upacara yang disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian diadakan di Ruang Legar Perpustakaan Majlis Perbandaran Kota Samarahan, di sini.

Majlis menyaksikan Kaunselor baharu merangkap Timbalan Pengerusi Perbandaran Majlis Perbandaran Kota Samarahan, Abdul Muttalib Julaihi yang terdahulu juga merupakan salah seorang ahli majlis menggantikan Kaunselor Zol Nono.
 

Manakala Pengerusi Perbandaran Majlis Perbandaran Kota Samarahan masih diketuai oleh Dato Peter Minos.

Majlis kemudian turut menyaksikan penyerahan sijil kepada mantan ahli-ahli majlis.

Turut hadir bersama, Elizabeth Loh, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak serta Timbalan Pengarah (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sarawak, Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPJ) Chang Ching. – TVS


Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 08 Apr 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement