picture

News

 

Penguang puas hati projek pembangunan dilaksanakan PBT

Posted on 14 Apr 2023
Source of News: TVS

LIMBANG, 14 April: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil berpuas hati dengan prestasi dan pencapaian pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sarawak dalam melaksanakan projek pembangunan yang diamanahkan.

Beliau berkata sebagai agensi pelaksana yang diberi tanggungjawab Kerajaan Sarawak, kebanyakan projek berjaya dilaksanakan mengikut tempoh yang dtetapkan meskipun masih terdapat projek-projek pembangunan yang mengalami kelewatan.

“Saya sangat berpuas hati dengan pencapaian PBT di seluruh negeri Sarawak dan hanya sedikit projek yang dilaksanakan PBT yang mengalami kelewatan tapi masih dapat dilaksanakan.

“Setakat ini, semua berjalan dengan baik, majlis daerah atau PBT di seluruh Sarawak adalah satu agensi pelaksana selain daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) , Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) dan juga jabatan-jabatan yang lain.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Upacara Angkat Sumpah Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli Majlis Daerah Limbang di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang dan Wali Kota Majlis Daerah Limbang, Kaunselor Sufian Mohat.

Katanya lagi kebanyakan projek yang dilaksanakan merupakan projek rakyat, projek Tranformasi Luar Bandar (RTP) dan Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

Penguang berkata lagi, berdepan kekangan dan kekurangan kakitangan PBT di seluruh Sarawak tidak menjejaskan pelaksanaan projek untuk rakyat.

Ini kerana pencapaian dan prestasi membanggakan yang dicapai PBT dalam menyiapkan projek pembangunan berbanding agensi pelaksana lain.

“Walapun kita tidak mempunyai staf yang banyak, tetapi mereka menjalankan tugas dengan baik dan ramai orang yang mahu projek dilaksanakan oleh PBT kerana mereka tahu PBT boleh menyiapkan projek daripada agensi lain,” ujarnya.

Sementara itu, seramai 30 ahli MDL mengangkat sumpah pada majlis itu yang menyaksikan Kaunselor Sufian Mohat, kekal menjadi Wali Kota sejak memegang jawatan itu hampir 15 tahun. – TVS



Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 24 Mar 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement