picture

News

 

31 Ahli Majlis Perbandaran Padawan Angkat Sumpah

Posted on 26 Apr 2023
Source of News: UKAS

PADAWAN: Seramai 31 Ahli Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi tahun 2023 hingga 2025 selesai mengangkat sumpah pagi ini.

Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis MPP yang diketuai oleh Pengerusi baharu, Kauselor Tan Kai yang disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian di Dewan MPP pada Sabtu.

Dalam ucapannya, Dato Sri Prof Dr Sim berkata Majlis Tempatan diberi kuasa oleh Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 1996 dengan kuasa yang luas untuk menyediakan perkhidmatan perbandaran. 

Jelasnya, fungsi utama semua Majlis Tempatan adalah untuk menyediakan perkhidmatan perbandaran untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di kawasannya.

Menurut beliau, pemegang bagi jawatan kaunselor juga merupakan sebahagian daripada kakitangan Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Tempatan.

“Jadi anda juga merupakan sebahagian daripada kakitangan Kerajaan Sarawak bukan sekadar memegang jawatan sebagai kaunselor semata-mata.

“Malah anda juga mewakili Kerajaan Sarawak dan saya selaku Menteri yang bertanggungjawab,” katanya.

Dato Sri Prof Dr Sim turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada 19 ahli baharu yang mengangkat sumpah dan diikuti 12 ahli lama yang dikekalkan untuk satu penggal lagi. 

Beliau juga menyeru kepada ahli-ahli MPP untuk menjalankan tugas dengan amanah sekaligus membantu Kerajaan dari segi aspek sosial rakyat.

Turut Hadir ialah Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II Michael Tiang Ming Tee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Ir Lo Khere Chiang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Wilfred Yap Yau Sin serta kakitangan MPP yang lain. –  EDISI UKAS


 


Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 24 Mar 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement