News

 

60 Tahun Sarawak Merdeka: Perarakan Jalan Di Kuching, Sibu & Miri

Posted on 02 Aug 2023
Source of News: Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS
KUCHING: Perarakan Jalan sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka akan diadakan di Kuching pada Sabtu ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, sambutan sama juga akan diadakan di Sibu pada 12 Ogos dan di Miri pada 19 Ogos.

“Sebanyak 60 kontinjen bakal menyertai setiap perarakan itu yang merangkumi wakil dari agensi kerajaan Negeri, institusi akademik, sekolah dan organisasi swasta.

“Turut menyertai kontinjen itu ialah wakil dari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), wakil kumpulan etnik dan badan bukan berkanun (NGO),”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Perarakan Jalan sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di pejabatnya Baitulmakmur 1, di sini pada Rabu.

Tambah Datuk Sebastian, setiap perarakan bakal mempamerkan keistimewaan yang tersendiri.

Jelasnya, perarakan di Kuching bakal mengetengahkan tema inklusiviti masyarakat manakala Sibu bakal mempersembahkan perarakan tanglung dan Miri dengan kereta berhias.

Dalam sidang media yang sama, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Bingkok John berkata, beberapa jalan akan ditutup pada 5 ogos nanti bermula pada jam 12 tengahari sehingga acara itu selesai.

“Jalan yang ditutup adalah seperti Jalan Padungan/Bulatan Sri Aman, Jalan Ban Hock/Bulatan Sri Aman, Bulatan Sri Aman/Jalan Abell, dan Lampu Isyarat Jalan Abell (Hotel Longhouse).

“Selain itu, penutupan jalan juga akan dibuat di susur Jalan Abell/Susur Keluar ke Jalan Padungan (Jalan Chan Chin Ann), Jalan Song Thian Cheok/Jalan Padungan dan Lampu Isyarat Jalan Bukit Mata/Jalan Tunku Abdul Rahman.

“Lampu Isyarat SK ST Mary/Jalan Susur McDougall/Jalan Wayang, Jalan St. Temple/Jalan Wayang, Jalan Main Bazaar/Jalan Gambir dan Lampu Isyarat Jalan Pearl/ Wawasan/ Jalan Tun Abg Hj Openg juga terlibat sama,”katanya.-EDISI UKAS


Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 17 May 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
Polls
Announcement