News

 

PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001:2015 MPHLG DAN 20 PBT SARAWAK BAGI TAHUN 2023 OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD

Posted on 04 Aug 2023
Source of News: MPHLG
Kementerian dan 20 Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak telah memperolehi pensijilan ISO 9001 Versi 2015 melalui SIRIM QAS International Sdn Bhd untuk tempoh dua (2) tahun mulai 08 Ogos 2015 – 07 Ogos 2017. Pada masa ini, Kementerian dan 20 Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak juga telah berjaya untuk mendapat pensijilan semula untuk tempoh tiga (3) tahun mulai 04 Ogos 2023 – 03 Ogos 2025 melalui SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Syukur Alhamdulillah, Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 MPHLG dan 20 PBT Sarawak bagi Tahun 2023 oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd ke atas MPHLG telah dilaksanakan dengan jayanya pada 03 – 04 Ogos 2023.
 
Pasukan Audit SIRIM QAS International Sdn Bhd telah bersetuju untuk memperbaharui pensijilan SPK MS ISO 9001:2015 MPHLG dan 20 PBT Sarawak  selama tempoh 3 tahun.
 
Terima kasih kepada Pengurusan MPHLG, Pasukan Petugas dan Teknikal ISO dan semua Warga MPHLG di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga usaha ini dapat dikekalkan pada masa akan datang.
 
Syabas dan Tahniah diucapkan.
 


Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 17 May 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
Polls
Announcement