News

 

Masa menunggu 120 minit di hospital, Dr Sim minta penjelasan terperinci

Posted on 07 May 2024
Source of News: TVS

KUCHING, 6 Mei: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mahu penjelasan terperinci berhubung isu pesakit perlu menunggu hampir dua jam atau 120 minit di hospital bagi mendapatkan perkhidmatan.

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata beliau akan berjumpa Jabatan Kesihatan Sarawak bagi mengetahui perkara sebenar.

“Masa menunggu pesakit hampir 120 minit di hospital tidak dapat diterima.

“Jika pesakit itu mempunyai kecemasan bagi sakit jantung, maka “bye-bye” akhirnya,” kata Dr Sim ketika ditemui pemberita selepas selesai Majlis Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini, hari ini.

Jelasnya, hospital mempunyai zon berlainan bagi menangani jenis tahap kecemasan yang berbeza.

“Kalau kes berkenaan diklasifikasikan sebagai Zon Hijau, maka masa menunggunya lebih lama. Tetapi, kalau kes berkenaan adalah kes Zon Merah, maka tindakan haruslah diambil dengan segera,” katanya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial keluhan seorang pesakit yang menunggu selama 120 minit di kaunter pendaftaran sebuah hospital kerajaan di Sarawak.

Kata Dr Sim lagi, bidang kesihatan masih lagi berada di bawah penyeliaan Kerajaan Persekutuan.

Justeru, beliau menekankan kepentingan untuk mengembalikan autonomi kesihatan dikembalikan kepada Sarawak. – TVS



Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 05 Dec 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement