News

 

Dr Sim ketuai senarai penerima pingat darjah kebesaran negeri daripada TYT

Posted on 15 Aug 2024
Source of News: Utusan Borneo Online

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mengetuai senarai penerima pingat pada Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak yang berlangsung di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak hari ini.

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dikurniakan pingat Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Datuk Amar Bintang Kenyalang (D.A) yang membawa gelaran Datuk Amar.

Istiadat yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar itu bermula kira-kira jam 11 pagi.

Sementara itu, penerima darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S) dikurniakan kepada Temenggung Dato Nunong Dandan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman pula menerima darjah Johan Bintang Kenyalang (J.B.K).

Untuk darjah Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S), terdapat seramai sembilan penerima, manakala pingat Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K), diberikan kepada 23 penerima.

Majlis penyampaian pingat diteruskan dengan kategori Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B) menyaksikan seramai 19 penerima, manakala penerima pingat Ahli Bintang Sarawak (A.B.S) seramai 21 penerima serta Pingat Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K) seramai 18 penerima.

Untuk Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T), jumlah penerima adalah seramai 29 penerima dan Pingat Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) menyaksikan seramai 27 penerima.

Jumlah keseluruhan penerima untuk Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak kali ini adalah seramai 149 orang. 

Majlis itu turut dihadiri oleh isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, isteri Dr Sim Datin Amar Enn Ong Siok Ean, Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Datuk Dr Hazland Abang Hipni serta dif-dif kenamaan yang lain. 



Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 06 Sep 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement