News

 

Majlis Perbandaran Padawan terima dua anugerah sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia

Posted on 28 Oct 2024
Source of News: UKAS

KUCHING, 28 Okt: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) hari ini menerima Anugerah Bandar Paling Lestari 2024 (Bandar Paling Mampan 2024) dan Anugerah Pengguna Awal Bandar Pintar.

MPP menerusi kenyataan memaklumkan anugerah tersebut disampaikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pada Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024, Putrajaya.

Anugerah itu diterima Timbalan Pengerusi MPP, Abang Ismawi Abang Ali.

Selain MPP, 11 lagi pihak berkuasa tempatan (PBT) turut menerima anugerah sama.

Kenyataan itu turut menyifatkan anugerah itu sebagai satu penghormatan.

“MPP tidak akan dapat mencapai kecemerlangan ini tanpa sokongan padu dan kerjasama daripada Kerajaan Sarawak, Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG), jabatan dan agensi kerajaan lain, badan bukan kerajaan (NGO), ahli majlis MPP dan kakitangan MPP,” kata kenyataan itu.

Dua anugerah itu mencerminkan komitmen MPP ke arah mencapai visi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030) ke arah Sarawak yang makmur, inklusif dan mampan alam sekitar.



Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 05 Dec 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement