News

 

391 warga MPHLG terima APC, iktiraf dedikasi perkhidmatan awam

Posted on 02 Dec 2024
Source of News: TVS

KUCHING, 30 Nov: Seramai 391 kakitatangan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di sini, pada Jumaat.

Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Sarawak Abu Bakar Sepawi @ Sapawi berkata Anugerah Perkhidmatan Cemerlang memberi penghormatan kepada kakitangan teladan dalam Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, serta agensi di bawah bidang kuasa kementerian.

Menurutnya lagi, setiap tahun, sehingga 8 peratus daripada mereka yang berprestasi tinggi diiktiraf atas dedikasi dan perkhidmatan cemerlang mereka dan para penerima diharap menjelmakan kecemerlangan dan menjadi teladan untuk rakan sekerja serta terus menyumbang secara signifikan kepada kebaikan awam.

“Anugerah Perkhidmatan Cemerlang memberi penghormatan kepada kakitangan teladan dalam Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, serta agensi di bawah bidang kuasa Kementerian.

“Setiap tahun, sehingga 8% daripada mereka yang berprestasi tinggi diiktiraf atas dedikasi dan perkhidmatan cemerlang mereka dan para penerima ini menjelmakan kecemerlangan dan menjadi teladan untuk rakan sekerja mereka, menyumbang secara signifikan kepada kebaikan awam dan petang ini, terdapat 391 penerima APC,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Anugerah MPHLG 2024 Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Sarawak di Raia Hotel Kuching pada Jumaat.

Pada masa sama, menyentuh mengenai pelancaran tiga dokumen penting oleh MPHLG, dirinya percaya bahawa ia akan membantu menyokong segala matlamat yang telah disasarkan oleh kementerian ini.

Jelasnya, ketiga-tiga dokumen mempunyai tujuan dan fungsi yang jelas serta ia dipercayai mampu memastikan perkhidmatan awam yang tersusun, bertanggungjawab dan berkesan untuk masa depan yang lebih baik.

“Malam ini kami melancarkan tiga dokumen penting untuk menyokong matlamat kami iaitu Pelan Strategik MPHLG untuk 2024 sehingga 2028, Garis Panduan QA/QC dan Garis Panduan Perkhidmatan LA dimana Pelan Strategik MPHLG menyediakan pelan hala tuju lima tahun yang tertumpu pada kesihatan awam, rumah mampu milik dan pembangunan komuniti yang mampan.

“Manakala Garis Panduan QA/QC menetapkan piawaian kualiti untuk projek tempatan, dan Garis Panduan Servis LA meningkatkan penyampaian perkhidmatan untuk kecekapan yang lebih tinggi dan bersama-sama, dokumen ini bertujuan untuk memastikan perkhidmatan awam yang tersusun, bertanggungjawab dan berkesan untuk masa depan yang lebih baik,” jelasnya. -TVS



Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 05 Dec 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement