News

 

Tiada alasan Sarawak gagal capai sasaran PCDS 2030

Posted on 02 Dec 2024
Source of News: TVS

KUCHING, 30 Nov: Sarawak tidak mempunyai alasan untuk gagal mencapai sasaran yang ditetap menjelang tahun 2030 seperti yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS 2030).

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian sehubungan itu mahu semua pihak perlu berkerja lebih kuat dan tanpa mengenal lelah sekiranya ingin mencapai hasrat menjadikan Sarawak sebuah wilayah maju menjelang waktu tersebut.

Menurutnya lagi tahun 2025 merupakan pertengahan sebelum tibanya tahun 2030 jadi semua pihak termasuk dirinya perlu menyelaraskan segala perkara dan usaha untuk memastikan Sarawak mampu berubah menjadi wilayah yang berbeza serta lebih hebat pada masa itu.

“Jadi saya hanya ingin berkongsi dengan anda bahawa Sarawak adalah Sarawak yang berbeza pada 2030 mendatang dan jika ia bukannya Sarawak yang berbeza ini kerana anda, saya, kita gagal, jadi tiada sebab mengapa 2030 kita tidak akan menjadi Sarawak yang berbeza dari 2024.

“Ini bermakna jika kita tidak berlari lebih kuat, berlari lebih cepat kita tidak boleh mengalahkan ini semua jadi tahun 2025 pertengahan kita menuju 2030 dan apa sahaja yang kita perlukan selaraskan anda perlu selaraskan saya perlu selaraskan kami perlu selaraskan kerana menjelang 2030 kita mahu menjadi Sarawak yang berbeza lebih hebat daripada sekarang”, katanya

Beliau berkata demikian berucap di Majlis Anugerah MPHLG 2024 Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Sarawak di Raia Hotel Kuching pada Jumaat.

Pada masa sama Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (MPHLG) telah melancarkan tiga dokumen yang penting untuk membimbing setiap usaha dan perancangan pada tahun-tahun mendatang.

Antara tiga dokumen yang telah dilancarkan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian ialah dokumen Pelan Strategik MPHLG untuk 2024 sehingga 2028 iaitu pelan hala tuju untuk kecekapan operasi, kemampanan dan kesejahteraan komuniti.

Dokumen kedua pula ialah Garis Panduan Kepastian Kualiti dan Kawalan Kualiti (QA/QC) iaitu garis panduan yang dikemas kini memastikan kecemerlangan dalam projek kecil bernilai RM2 juta dan ke bawah manakala dokumen ketiga yang dilancarkan ialah Garis Panduan LA Serve iaitu panduan komprehensif untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus di peringkat tempatan. -TVS



Copyright © 2022 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 05 Dec 2024

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement