News

 

31 Ahli Majlis Daerah Gedong Angkat Sumpah Bagi Penggal Baharu 2025–2028

Posted on 16 May 2025
Source of News: UKAS
KUCHING: Seramai 31 individu telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Daerah Gedong bagi penggal baharu bermula 1 April 2025 hingga 31 Mac 2028.

Individu yang dilantik merupakan ahli majlis sedia ada yang dikekalkan untuk tempoh pelantikan baharu dimana ia mampu mencerminkan keyakinan terhadap kredibiliti dan prestasi mereka dalam melaksanakan tanggungjawab sebelum ini.

Majlis angkat sumpah ini telah disaksikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong di sebuah hotel di sini pada Jumaat.

Acara dimulakan dengan lafaz sumpah oleh Pengerusi Majlis Daerah Gedong, Tamida Da’adi, diikuti oleh Timbalan Pengerusi, Japar Mustapha dan disusuli oleh 29 Ahli-Ahli Majlis lain.

Turut berlangsung dalam majlis yang sama ialah Lafaz Ikrar Bebas Rasuah oleh semua Ahli Majlis Daerah Gedong sebagai komitmen terhadap integriti dan tadbir urus yang telus dalam menjalankan tugas mereka demi kepentingan rakyat dan pembangunan daerah.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Prof. Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (Kesihatan Awam dan Perumahan) Datuk Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (Kerajaan Tempatan) Datuk Dr. Penguang Manggil, Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri & Pelaburan Sarawak (MINTRED) merangkap Wakil Khas ADUN Gedong Dato Sri Naroden Majais, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris dan Residen Bahagian Samarahan Mohamad Irwan Bahari Bujang.-EDISI UKAS


Copyright © 2025 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 31 Oct 2025

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement