News

 

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH DBP CAWANGAN SARAWAK KEPADA SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN KESIHATAN AWAM, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN SARAWAK

Posted on 23 Feb 2026
Source of News: Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak
Kuching, 23 Februari 2026– Delegasi Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak yang diketuai oleh Pengarah, YBrs. Dr Azizul bin Haji Ismail telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datu Elizabeth Loh, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak bertempat di Baitul Makmur, Kuching. Kunjungan hormat tersebut turut dihadiri oleh Encik Desmond Tan Hun Seang, Pegawai Tadbir Khas Kanan kepada Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak.
 
Dalam pertemuan itu, Dr. Azizul telah memaklumkan fungsi dan peranan DBP dalam memartabatkan penggunaan bahasa Kebangsaan dan turut memperkenalkan laman sesawang perkhidmatan Sah Bahasa DBP yang boleh digunakan untuk menyemak dan mengesahkan penggunaan bahasa Melayu yang betul pada papan tanda iklan, premis dan sebagainya.
 
Selain itu, kedua-dua pihak turut mencapai persetujuan untuk mengadakan satu lagi pertemuan untuk menjelaskan lebih lanjut tentang Sah Bahasa DBP yang akan melibatkan kehadiran pegawai dari 27 buah PBT seluruh Sarawak.
 
Kunjungan hormat ini dilihat sebagai titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkukuh dan memartabatkan penggunaan bahasa Melayu.
 


Copyright © 2025 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 25 Feb 2026

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement