News

 

Program Earth Hour Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak 2026

Posted on 28 Mar 2026
Source of News: MPHLG
Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) telah dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Program Earth Hour Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sarawak Tahun 2026 yang telah berlangsung pada 28 Mac 2026 bertempat di Stadium Mini Sri Aman. Program ini turut disiarkan secara lintas langsung melalui platform media sosial, dengan sasaran penyertaan digital seramai 250 peserta melibatkan wakil daripada PBT di seluruh Sarawak.

Kemuncak program telah disempurnakan oleh YB Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Simbolik perasmian diterjemahkan melalui aktiviti pemadaman lampu selama satu jam secara serentak, melibatkan penyertaan agensi kerajaan serta komuniti setempat sebagai tanda komitmen bersama dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap perubahan iklim dan amalan kelestarian alam sekitar.


Copyright © 2025 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 27 Apr 2026

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement