News

 

Digitalisasi nilai tambah perancangan bandar depani cabaran

Posted on 25 Jun 2026
Source of News: TVS


Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG) Sarawak memaklumkan teknologi digital menjadi alat penting dalam
menyokong dan membuat keputusan yang lebih menyeluruh dalam pelaksanaan pembangunan di kawasan terlibat. Foto fail Faitullah Morni (TVS)
 

Digitalisasi nilai tambah perancangan bandar depani cabaran

KUCHING, 23 Jun: Penggunaan dan pengaplikasian teknologi digital dalam perancangan bandar diperakui memberi nilai tambah kepada kerajaan tempatan menghadapi cabaran semasa yang semakin rumit.

Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG) Sarawak menyatakan bahawa teknologi digital menjadi alat penting dalam menyokong dan membuat keputusan yang lebih menyeluruh dalam pelaksanaan pembangunan di kawasan terlibat.


Satu bengkel yang direka khas dengan kerjasama Technological Association Malaysia (Sarawak Branch), BIMAGE Consulting (M) Sdn
Bhd dan Autodesk Malaysia pada 25 Jun.

 

Kementerian itu memaklumkan, bandar-bandar kini menghadapi kekangan berkaitan kemampanan, penyampaian infrastruktur, daya tahan iklim dan penyelarasan pembangunan.

Justeru, satu bengkel yang direka khas dengan kerjasama Technological Association Malaysia (Sarawak Branch), BIMAGE Consulting (M) Sdn Bhd dan Autodesk Malaysia akan dianjurkan pada 25 Jun ini.



Satu bengkel yang direka khas dengan kerjasama Technological Association Malaysia (Sarawak Branch), BIMAGE Consulting (M)
Sdn Bhd dan Autodesk Malaysia pada 25 Jun.

“Bengkel eksklusif ini direka khas untuk pegawai, perancang, arkitek, jurutera dan kakitangan teknikal dari MPHLG Sarawak dan majlis tempatan untuk mendapatkan pendedahan praktikal kepada perancangan digital terkini yang sedang mengubah pembangunan bandar dan perancangan infrastruktur di seluruh dunia,” menurut kenyataan.

Kenyataan berkenaan turut menekankan, bengkel tersebut akan memperkenal peserta kepada aliran kerja digital bersepadu yang membolehkan perancangan berasaskan data, kerjasama yang dipertingkatkan, visualisasi yang lebih baik dan penilaian projek yang lebih cekap.
 


Satu bengkel yang direka khas dengan kerjasama Technological Association Malaysia (Sarawak Branch), BIMAGE Consulting (M)
Sdn Bhd dan Autodesk Malaysia pada 25 Jun.

 

Bengkel itu juga mendedahkan bagaimana Autodesk Forma, InfraWorks and Revit memanfaatkan kecerdasan buatan (AI), analisis alam sekitar dan keupayaan simulasi bandar untuk menyokong keputusan perancangan termaklum semasa peringkat konseptual.
 


Satu bengkel yang direka khas dengan kerjasama Technological Association Malaysia (Sarawak Branch), BIMAGE Consulting (M)
Sdn Bhd dan Autodesk Malaysia pada 25 Jun.

“Dengan melengkapkan perancang dan kakitangan teknikal dengan alatan dan aliran kerja digital moden, inisiatif ini menyumbang ke arah meningkatkan kecekapan perancangan, menambah baik kualiti membuat keputusan dan menyokong pembangunan komuniti yang lebih mampan, berdaya tahan dan bersedia untuk masa hadapan di Sarawak,” menurut kenyataan. – TVS


Copyright © 2025 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 31 Jul 2026

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement