News

 

SMC Ungguli Konvensyen KIK 2026, Rangkul Johan Teknikal dan Persembahan Terbaik

Posted on 02 Jul 2026
Source of News: Edisi UKAS

 
KUCHING: Majlis Penangguhan dan Penyampaian Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2026 Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG) menjadi malam cemerlang buat Kumpulan Eagle daripada Majlis Perbandaran Sibu (SMC) selepas kejayaan merangkul dua anugerah utama.

Kumpulan tersebut dinobatkan sebagai Johan Kategori Teknikal menerusi projek ‘Semburan Tack Coating Kurang Efisien Dalam Penurapan Jalan’, selain turut memenangi Anugerah Persembahan Terbaik.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri MPHLG, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian di UCSI Hotel pada Rabu.

Bagi Kategori Teknikal, tempat kedua dimenangi kumpulan 76 Claude daripada Majlis Daerah Marudi menerusi projek ‘Masalah Penukaran Papan Tanda Mengambil Masa Yang Lama’, manakala tempat ketiga menjadi milik kumpulan Mekatrik 7 daripada Dewan Bandaraya Kuching Utara dengan projek ‘Penyediaan Sumber Bekalan Elektrik Tandas Mudah Alih Yang Kurang Efisien’.

Sementara itu, bagi Kategori Pengurusan, kumpulan Jang Meran daripada Majlis Perbandaran Kota Samarahan muncul johan menerusi projek ‘Pengurusan Mesyuarat Luar Yang Kurang Efisien’.

Naib johan disandang kumpulan Innovibes daripada Majlis Daerah Maradong dan Julau menerusi projek ‘Kelewatan Penjaja Untuk Membayar Permit Sewa Meja Di Pasar Tamu Seliaan Majlis’.

Manakala tempat ketiga dimenangi kumpulan Techgrove daripada MPHLG melalui projek ‘Ketidakefisienan Pemprosesan Maklumat Dalam Sektor Perumahan di Negeri Sarawak’.

Anugerah PBT Mampan pula dimenangi kumpulan Sirius Prime daripada Majlis Bandaraya Miri menerusi projek ‘Kesukaran Mengutip Cukai Taksiran Tahunan Tertunggak’.

Manakala, Anugerah Pembentang Terbaik disandang oleh Mohd Azwan Juperi daripada kumpulan Task Masters, Majlis Daerah Simunjan, menerusi pembentangan projek ‘Pengurusan Insinerator Yang Kurang Efisien’.-EDISI UKAS


Copyright © 2025 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 31 Jul 2026

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement