News

 

Kerajaan Sarawak sedia RM1.5 bilion bangunkan hospital kanser

Posted on 30 Sep 2026
Source of News: TVS

KUCHING, 30 Sept: Kerajaan Sarawak bersedia menyediakan sehingga RM1.5 bilion bagi membantu merealisasikan pembangunan hospital kanser di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, berkata komitmen itu menunjukkan kesediaan kerajaan negeri membantu menangani keperluan perkhidmatan rawatan kanser di Sarawak.

“Apabila Sarawak mengemukakan keperluan untuk membangunkan hospital kanser, alasan yang diberikan ialah kekangan kewangan.

“Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) kemudian menawarkan peruntukan RM1 bilion bagi tujuan itu. Bagaimanapun, apabila dimaklumkan jumlah berkenaan tidak mencukupi dan kos sebenar dianggarkan RM1.5 bilion, kerajaan negeri bersedia mempertimbangkan tambahan pembiayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sistem EnSite X Electrophysiology di sini, hari ini.

Dr Sim berkata komitmen berkenaan dibuat selepas dimaklumkan kos pembangunan hospital kanser dianggarkan RM1.5 bilion.

“Apabila ditanya mengenai jumlah pembiayaan yang diperlukan, pihak berkenaan memaklumkan RM1.5 bilion diperlukan untuk melaksanakan projek itu.

“Premier Sarawak kemudian bersetuju dengan jumlah berkenaan, dengan RM1 bilion disediakan dalam bentuk pinjaman, manakala RM500 juta lagi disumbangkan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata langkah itu membuktikan kesediaan Sarawak mencari penyelesaian bersama Kerajaan Persekutuan supaya kekangan pembiayaan tidak menjadi penghalang kepada pembangunan kemudahan berkenaan.

“Kita mahu memastikan rakyat Sarawak mendapat akses kepada perkhidmatan rawatan kanser yang lebih baik dan berkualiti,” katanya.



Copyright © 2025 Ministry of Public Health, Housing and Local Government Sarawak
Last Updated On 03 Oct 2026

Operating Hour

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement