KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF KEMENTERIAN KESIHATAN AWAM, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN SARAWAK
Tarikh : 22,24 dan 25 Ogos 2023
Masa : 0830-1630
Lokasi : Auditorium, Muzium Budaya Borneo
Kumpulan Sasaran : Seramai 23 projek KIK daripada agensi bawah seliaan MPHLG telah ikut bertanding dalam konvensyen kali ini. 20 PBT
Sarawak yang merangkumi DBKU dan BDA serta SSD telah menyertai pertandingan ini juga.
Objektif :Konvensyen KIK MPHLG Sarawak merupakan satu platform terbaik di mana peserta Konvensyen dapat berkumpul dan berkongsi pengalaman dari segi permasalahan di dalam tugasan harian serta mengetengahkan cadangan penyelesaian yang inovatif dan kreatif terhadap permasalahan masing-masing. Ini juga dapat menggalakkan kakitangan PBT Sarawak serta agensi bawah seliaan MPHLG menjana idea-idea baru dalam memantapkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan masing-masing.
Pelaksanaan inisiatif KIK dapat mempertingkatkan mutu sistem penyampaian perkhidmatan agensi-agensi bawah seliaan MPHLG. Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif merupakan usaha berterusan untuk membentuk dan membudayakan para penjawat awam dengan pelbagai dimensi inovasi. Inovasi juga telah menjadi asas kepada SCS 10-20 dalam merangsang amalan kreativiti dan inovasi dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.
Penekanan kepada inovasi dan kreativiti akan memastikan perkhidmatan awam dapat melaksanakan value-add secara berterusan dalam penyampaian perkhidmatan yang disediakan kepada Rakyat, dan seterusnya menjurus kepada pencapaian matlamat Post COVID Development Strategy (PCDS) 2030.