MESYUARAT MENTERI BERSAMA SETIAUSAHA-SETIAUSAHA PIHAK BERKUASA TEMPATAN BIL 1/2025
25 Mac 2025, Kuching - Mesyuarat YB Datuk Amar Professor Dr Sim Kui Hian, Timbalan Premier serta Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG) bersama Ketua Jabatan serta Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan di bawah MPHLG telah diadakan di Hotel Waterfront.
Mesyuarat turut dihadir YB Datuk Dr. Penguang Manggil, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (Kerajaan Tempatan) dan YB Datuk Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (Kesihatan Awam dan Perumahan) serta YBhg. Datuk Elizabeth Loh, Setiausaha Tetap Kementerian.
Dalam mesyuarat tersebut, YB Datuk Amar memberi amanat beliau berhubung halatuju makro Sarawak, perkembangan terkini berhubung Kementerian serta penyelesaian kepada isu-isu berbangkit.
Semasa sesi tersebut juga, ahli-ahli mesyuarat diberi taklimat mengenai Pengurusan Hasil dan Perbelanjaan Pihak Berkuasa Tempatan oleh Cik Ita Ling (Pemangku Setiausaha Majlis Perbandaran Padawan), taklimat mengenai Accrual Acounting oleh Encik Christopher Danan anak Binjie (Timbalan Akauntan Negeri), dan taklimat mengenai Isu-Isu Kewangan dan Perakaunan Pihak Berkuasa Tempatan oleh Puan Saripah Aziah binti Wan Yon (Akauntan Kanan, Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak).
Sesi disusuli dengan majlis berbuka puasa bersama YB Datuk Amar Professor Dr Sim.