Sarawak ID|Register
Polls
Announcements

Client Charter

 

PIAGAM PELANGGAN KEMENTERIAN KESIHATAN AWAM, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN


  i.        Semua permohonan / pertanyaan hendaklah diberi respon dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan/pertanyaan diterima.
 
  ii.       Minit tindakan mesyuarat Kementerian hendaklah disediakan dan diedarkan dalam masa tiga (3) hari bekerja setelah bermesyuarat.
 
  iii.      Mengambil tindakan dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh menerima minit tindakan.
 
  iv.      Semua aset hendaklah didaftar dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh pengesahan penerimaan.
 
  v.       Semua tindakan pelupusan aset hendaklah dilaksanakan dalam tempoh sembilan puluh (90) hari bekerja dari tarikh kelulusan pelupusan diterima.


  vi.      Semua pembayaran kepada pembekal dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh borang tuntutan diterima dengan lengkap.
 
  vii.     Pemakluman permohonan ”Approval of waiver” daripada PBT dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah mendapat keputusan daripada YB        Menteri MPHLG.


PIAGAM PELANGGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN


   i.      Permohonan pelan bangunan yang lengkap akan diproses dan dikemukakan kepada agensi luar / seksyen dalaman yang berkaitan untuk ulasan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
 
  ii.      Pelan bangunan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Majlis dalam tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari bekerja selepas mendapat kelulusan dari semua agensi yang berkaitan untuk kelulusan.
 
 iii.     “Occupation Permit" hendaklah dikeluarkan dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas penerimaan Borang F.
 
 iv.      100% jumlah projek pembangunan yang diluluskan siap dilaksanakan dalam tahun semasa.
 
  v.       Merancang program dan aktiviti perpustakaan secara tahunan dan dilaksanakan 100% pada tahun semasa.
 
  vi.     Mengambil tindakan susulan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja ke atas setiap kesalahan / pelanggaran undang-undang.
 
 vii.    Melaksanakan program pembangunan komuniti bersama penduduk / badan bukan kerajaan mengikut jadual yang dirancang dan dapat dilaksanakan 100% dalam tahun semasa.
 
viii.   Sampah domestik dikutip sekurang-kurangnya dua (2) kali seminggu dan mengikut jadual kutipan yang ditetapkan oleh Majlis.
 
 ix.     Permohonan lesen yang lengkap diproses dan diluluskan dalam tempoh 90 hari bekerja.
 
 x.    Semua bil cukai taksiran dihantar tiga (3) bulan sebelum tarikh akhir pembayaran yang diwartakan.
 
 xi.   Memberi respon kepada pengadu dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dan status pelaksanaan tindakan ke atas aduan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.

 

Useful Links