Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak adalah sebuah kementerian yang bertanggungjawab ke atas 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan di Sarawak. Di samping itu juga bertanggungjawab ke atas 4 agensi Negeri iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak, Perbadanan Pembangunan Perumahan dan juga Perbadanan Pembangunan Borneo. Selain itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Jabatan Bomba dan Penyelamat merupakan agensi Kerajaan Persekutuan di bawah seliaan kementerian ini.
MOREPosted on 09 Oct 2024
Posted on 15 Aug 2024
Posted on 02 Jan 2024